Sunday, October 7, 2012

sah..

sekarang ramai yang pakai cincin, tak kisah lelaki perempuan..ada yang suka pakai sebagai accessory anddd sebagai tanda sudah dimiliki seseorang. smart kan cincin..hmmm..suka tengok cincin orang tapi tak suka pakai, tak pernah ada cincin..nampaknya kena tunggu dia bagi la nih ( :P ), for me..sebagai tanda sudah dimiliki, cincin yang betul2 dinamakan cincin buat saya ialah cincin based on satu ikatan yang rasmi,sah iaitu pertunangan dan perkahwinan. kadang2 lawak jugak aww..sesetengah orang pakai actually dia belum berpunya tapi saje tanak orang ganggu. anyway, lain orang lain pandangan..

untuk sementara waktu

SAYA TAKDE IDEA NAK UPDATE CERITA, KOSONG KOSONG

sedihnyaa


kakak dan abang saya konvo bulan ni, tak dapat join dieorang..serius sedih, nak buat macam mana kan! anyway..sedang menunggu untuk ke pulau bidong sebagai salah satu aktiviti orientasi budak first year. Survival laut..sigh! mesti best..takpe, kita tunggu dan lihat.

Thursday, July 12, 2012

mengharap pertolongan dari-Mu ya Allah

bismillahirahmanirrahim,ya Allah..aku memohon dan sentiasa mengharapkan pertolongan dari-Mu supaya menjaga hubungan aku dengan keluargaku, sahabat2 ku, dan dia..apakah hikmah disebalik Kau membuka kan pintu hati ku untuk dia, padahal dulu aku sangat membenci dia..tapi sejujurnya, dalam tak sedar, aku banyak belajar darinya..Ya Allah, aku memohon agar Kau memberiku kekuatan serta petunjuk dan bimbingan dan lembutkan hati aku dan hati dia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ya Allah, bantulah aku menjaga hubungan dengan orang2 yang aku sayang, sesungguhnya Kau lah yang selalu memberi kebahagiaan pada kami, aku akan terus berusaha menjaga setiap hubungan ini, aku berharap dan berserah pada-Mu, amin..

Thursday, July 5, 2012

dia

A.A bin M.S :)

lamaran

malam malam ni tibe tibe terdetik nak cakap pasal lamaran..lamaran seorang lelaki terhadap wanita yang dia sayangi, wanita mane tak seronok bile die dilamar kan..kadang2 kite pun tak berani nak bagi jawapan yang pasti..tapi, sebenarnye bile seorang wanita tu dilamar mesti die akan tertanye tanye, aku ni dah besedia ke, boleh ke aku jadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk si dia dan anak2 nanti, boleh ke aku jage kasih sayang ini dengan si dia hingga kekal ke akhir hayatnya dan di akhirat nanti..hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita cuba yang terbaik :)

Tuesday, July 3, 2012

berdebar arhh!

berdebar nak tunggu tawaran degree..hurm, insyaAllah semua akan berjalan lancar, aku betul betul suka course teknologi makanan nih..aku tak kisah dapat mana mana sebab Allah Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk aku, aku berserah padaNya