Thursday, January 20, 2011

why i am crying?


why i am crying?
hari ni aku dah luka kan hati seseorang, tapi tak tau lah kenapa aku rasa sedih sangat sangat
mungkin ada hikmah disebalik semua ni..
aku cuma harap, satu hari nanti, dia dapat apa yang dia impikan selama ni,amin
dan sejak kebelakangan ni, aku selalu rasa sakit kepala, tak tau lah kenapa
apa apa pun, i am sorry..

Friday, January 14, 2011

that is why i love them so much

I LOVE YOU ALL BECAUSE YOU ARE SPECIAL
 
izzati dan fatin,1st joker in 4,5sc2 :)

adriana dan sabrina,pengawas terBEST :)

alia rifhana,my cheerful bff :)

sabirah,my bff who are taller and taller than me :)

muhammad nazmi,awek dia yang paling setia dan unik,mule dgn huruf J :)

noor nadiah,loving sister :)

mohd naim,funniest brother :)

izzatsyahmi,sweet chubby guy :)

ahmad zaki,my HANDSOME :)

abdullah arif,im proud of you,thanks for everything :)

farisha,humble :)

Wednesday, January 12, 2011

ambil angin dengan kakak

hari ini, aku keluar ambil angin dengan kakak comel aku tu
tak pegi mana mana pun, jalan jalan tengok tempat belajar dia, UIAM
seronok juga lah, dapat sembang sembang dengan dia, banyak juga cerita kakak aku tu
kat tempat belajar dia ada jualan jualan, PC fair..
kat situ, aku dapat juga perhati atau 'usha' karakter karakter 'student' U kat sana
sambil tu aku 'try' biasakan diri dengan suasana U ni sendiri
yang aku nampak setakat ni, dieorang ni jenis yang ramah sangat..kebanyakkannya lah
yang lelaki pulak kalau lalu sebelah tu, senyum sepanjang masa..terharu jugak
tapi yang paling aku rasa tak 'best', dieorang punya cafe, selalu je tutup..nak makan macam mana kalau tiba tiba 'urgent' kan..
aku jenis orang yang kalau takda tempat makan tak boleh 'survive' kecuali puasa, hee..
apa yang dapat aku beli hari ialah, CD maher zain..ketinggalan kan?
anyway, 'best' hari ni sebab ada orang yang belanja 'breakfast' dan 'lunch'
siapa lagi kalau bukan kakak aku, NOOR NADIAH :)
pagi tadi, dia belikan aku lasagna, dan 'lunch' pulak dia belikan bubur nasi tambah sup, sedapp sampai menjilat sudu
dan sekarang dia terlelap sebab nanti dia nak pergi kelas pulak, aku temankan dia hari ni dekat bilik, sebab dah banyak kali jugak dia ajak teman dia dan aku pulak selalu ajak dia keluar sama sama, tapi selalu je tak dapat..soo, hari ni aku ambil keputusan! aku temankan dia :)
p/s : akak, belajar rajin rajin, k.na akan sentiasa menyokong akak dari depan dan belakang, saranghaeyo!

Tuesday, January 11, 2011

cerita setiap pagi


baby ni kecik kecik dah pakai tudung macam aku, haih! perasan lah pula
cerita yang biasa biasa je..tapi ada juga yang aku rasa luarbiasa
tiap tiap pagi aku kena siapkan sarapan, mula mula macam susah je
yelaa..masa sekolah, kita turun makan je, tapi sekarang aku turun dan aku jugak lah yang buat
lama lama jadi seronok pulak, lepas je 'tata!' parent dan adik aku pergi sekolah
duduk jap mengaji..lepas itu sarapan dan macam biasa, kemas rumah
tapi yang aku rasa agak luarbiasa, warga asing yang kerja dekat sederet rumah aku ni
kalau pagi pagi mesti dah dengar suara dieorang ni kat luar rumah
bising juga lah..aku tak kisah, tapi bila dah banyak kali bising, jadi 'fed up' jugak
aku tak faham bahasa ibunda dieorang, oleh sebab setiap hari aku dengar bahasa dieorang ni
aku rasa aku dah boleh belajar 'free' kat rumah, handsome? susah nak cakap..tapi aku boleh terus terang cakap "tak"
setiap pagi hari minggu ayah aku akan kejut kiteorang camni "joging joging!"
abang aku, setiap pagi dia akan tengok kereta dan bersihkan kereta kesayangan dia
ingatkan nak exercise ke, hape ke..tapi dia ambil penyapu buang habuk kat kereta dia
kakak? dia suka sangat buat sandwich telur rebus dia
tapi semua tu jadi kalau dieorang semua ada kat rumah, sekarang semua sibuk dengan kerja masing masing, aku tak kisah pun dan aku faham..itulah kejayaan dieorang
p/s : saya sayang mereka :)


beberapa bulan yang mungkin menceriakan!

langkah aku :)
aku tahu langkah aku masih jauh sangat..
kemana?
aku sendiri yang tentukan, aku yang merancang, tapi aku sendiri kena fikirkan guna apa
guna akal aku, bukan ikut perasaan seronok dan nafsu aku,sebab benda tu tak bawa kemana pun
akal aku yang tentukan yang baik dan buruk
kalau langkah aku ke arah yang baik, itu adalah tuah bagi aku
tapi kalau langkah aku ke arah yang buruk, aku orang paling malang
setiap orang pernah kan tersilap langkah,'ada' tapi masa tu tak boleh diundur balik kan
aku dah banyak sangat tersilap langkah dalam banyak benda
terutama perasaan aku sendiri, kalau ikut rasa dan emosi, sampai bila aku rasa kecewa
my mum said "ikut emosi sangat, matilah."
jadi..sebab tulah aku sedar yang langkah aku masih jauh, belajar, kerja, kahwin? lamaa..
apa apa pun, aku selalu doa dan berharap sangat, langkah yang aku bakal lalui ni, lebih baik dari sebelum ini
p/s : langkah kita berbeza, akal kita sama, jadi..pilihlah yang terbaik sayang sayangku :)