Sunday, October 7, 2012

sah..

sekarang ramai yang pakai cincin, tak kisah lelaki perempuan..ada yang suka pakai sebagai accessory anddd sebagai tanda sudah dimiliki seseorang. smart kan cincin..hmmm..suka tengok cincin orang tapi tak suka pakai, tak pernah ada cincin..nampaknya kena tunggu dia bagi la nih ( :P ), for me..sebagai tanda sudah dimiliki, cincin yang betul2 dinamakan cincin buat saya ialah cincin based on satu ikatan yang rasmi,sah iaitu pertunangan dan perkahwinan. kadang2 lawak jugak aww..sesetengah orang pakai actually dia belum berpunya tapi saje tanak orang ganggu. anyway, lain orang lain pandangan..

untuk sementara waktu

SAYA TAKDE IDEA NAK UPDATE CERITA, KOSONG KOSONG

sedihnyaa


kakak dan abang saya konvo bulan ni, tak dapat join dieorang..serius sedih, nak buat macam mana kan! anyway..sedang menunggu untuk ke pulau bidong sebagai salah satu aktiviti orientasi budak first year. Survival laut..sigh! mesti best..takpe, kita tunggu dan lihat.

Thursday, July 12, 2012

mengharap pertolongan dari-Mu ya Allah

bismillahirahmanirrahim,ya Allah..aku memohon dan sentiasa mengharapkan pertolongan dari-Mu supaya menjaga hubungan aku dengan keluargaku, sahabat2 ku, dan dia..apakah hikmah disebalik Kau membuka kan pintu hati ku untuk dia, padahal dulu aku sangat membenci dia..tapi sejujurnya, dalam tak sedar, aku banyak belajar darinya..Ya Allah, aku memohon agar Kau memberiku kekuatan serta petunjuk dan bimbingan dan lembutkan hati aku dan hati dia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ya Allah, bantulah aku menjaga hubungan dengan orang2 yang aku sayang, sesungguhnya Kau lah yang selalu memberi kebahagiaan pada kami, aku akan terus berusaha menjaga setiap hubungan ini, aku berharap dan berserah pada-Mu, amin..

Thursday, July 5, 2012

dia

A.A bin M.S :)

lamaran

malam malam ni tibe tibe terdetik nak cakap pasal lamaran..lamaran seorang lelaki terhadap wanita yang dia sayangi, wanita mane tak seronok bile die dilamar kan..kadang2 kite pun tak berani nak bagi jawapan yang pasti..tapi, sebenarnye bile seorang wanita tu dilamar mesti die akan tertanye tanye, aku ni dah besedia ke, boleh ke aku jadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk si dia dan anak2 nanti, boleh ke aku jage kasih sayang ini dengan si dia hingga kekal ke akhir hayatnya dan di akhirat nanti..hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita cuba yang terbaik :)

Tuesday, July 3, 2012

berdebar arhh!

berdebar nak tunggu tawaran degree..hurm, insyaAllah semua akan berjalan lancar, aku betul betul suka course teknologi makanan nih..aku tak kisah dapat mana mana sebab Allah Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk aku, aku berserah padaNya

Wednesday, May 30, 2012

Allah Maha Besar

Ya Allah, tak terhitung nikmat yang Kau berikan kepadaku..alhamdullillah aku bersyukur dengan rezeki yang telah Kau kurniakan kepadaku, aku mendapat keputusan yang baik, tak disangka keputusan ku macam tu sekali, kadang2 aku rase aku tak layak dapat keputusan macam tu, tapi sesungguhnya kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, aku bermohon petunjuk dan dorongan dariMu agar aku dapat meneruskan pelajaran ku di laluan yang betul

Saturday, May 5, 2012

Ahhh no no..north star and everlast shoes!


berjaya :)

tadaa!!!pembedahan berjaya tanpa pendarahan..ini hasil titik peluh, hingus aku dengan team mate aku, Fatin :) bangga ooh!
huh!berpeluh dan terketar ketar mase ni, first time potong tikus kot, mula2 tak sampai hati nak bedah tikus ni, teringat hamster aku..sedih kot,lame2..syok abis aa dapat teroka anggota badan tikus ni,fuhh!    

Thursday, May 3, 2012

simple bedroom for me!

Simple tapi menarik..hmm,idea..!

aku berserah padaMu Ya Allah

Ya Allah..aku bermohon agar Kau terangi hatiku dengan petunjukMu, aku mengakui aku seorang hambaMu yg lemah, mudah terpengaruh dan leka dari mengingatiMu, aku rindu padaMu..hati aku begitu keras untuk mematuhi perintahMu, adakah masih layak aku bergelar wanita solehah? Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui isi hati hambaMu, aku bercita cita tinggi untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan, jauh sama sekali untuk mengecewakan hati kedua orang tua ku, aku bermohon kejayaan dalam setiap ketentuanMu, kuatkan lah diriku, jauhkan aku dari perasaan resah dan gelisah, dan jika kegagalan itu untukku, buka kan lah dan lapangkan lah dada ku agar aku dapat menerima kesedihan itu dengan rasa tenang dan redha. aku berserah padaMu Ya Allah setelah aku berusaha.Amin


Tuesday, May 1, 2012

Cameron Highlands

Heyy!jangan curi..then, this is my brother, Mohd Naim Kamaruddin, he still studying in UKM :)

this is my younger brother, he's now in form 5..so,he'll seat for SPM this year, goodluck Ahmad Zaki b. Kamaruddin, before that, actually, he taller than me, saya berdiri atas batu,hehe :)





jum exploreeee..

ibu,today is your special day

hari ini, 2 Mei 2012..genap usia ibuku iaitu 52 tahun, so..dengan ini, saya ingin mendoakan agar ibuku sentiasa dalam keadaan sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki, senyum sokmo! moge2 ibuku, sentiasa kuat dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang guru..dapat banyak pahala. Sayang ibu sangat sangat :)


Saturday, April 28, 2012

we called "mom and dad"

http://www.playlist.com/playlist/additem/814492433

Itulah dia..



dengan hati yang ikhlas : A, mula mula memang susah saya nak terima awak, saya layan awak teruk, kasar, buat awak terluka tapi akhirnya saya tersedar sendiri kehadiran awak sanagt bermakna dan menggembirakan hati saya, akhirnya terbuka pintu hati saya untuk terima awak perlahan lahan, jarak kite jauh sangat, kite jumpe cume sekali dan sekejap je, even kite jauh, tak sangke perasaan ni makin rindu dan makin sayang, so, secara kesimpulannya..minta maaf buat awak tertunggu tunggu dulu, awak sabar..kite maybe tak dapat jumpe, kite cume cakap dalam telefon and mesej bile perlu, jimat kredit, kire awak adalah cinta jarak jauh saya yang pertama, moga2 cinta kita diredhai Allah dan jauh dari bisikan hawa nafsu, Amin..ILoveYou A.A :)

Friday, April 27, 2012

Bismillahirrahmanirrahim


 "Ya Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengasihani, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhadah dan kehidupan orang-orang yang bahagia serta kemenagan mengatasi"

Friday, March 16, 2012

happy gilaa...

tak tahu macam mana nak gambarkan betape happynya aku hari ni dapat jumpe and outing dengan family aku. terime kasih ibu sebab masak kan lauk favorite, terime kasih abah sebab bawa jalan2..sekarang aku dekat hotel, cantik, elegant, canggih plak tu, first time kot aku pegi bilik hotel die ade touch suis, bilik air ade tingkap lutsinar menghadap ke bilik tidur..cantik oo,serius aku idamkan bilik macam ni, berangan je lebih..tadi lepak jap makan malam dekat satu warung ni, layan abis lah, boleh tahan sedaplah dan macam2 lagi plan untuk hari esok ni.to mom and dad, aku janji nak buat ibu abah bangga dengan kejayaan aku even sikit, lagipun,aku bukan nak course yang kaw kaw pun kat U nanti..klu ade rezeki,aku nak sambung belajar kat UPM, harap2.

hurm, sangat best...

malam minggu kat matrik kiteorang akan tengok kartun, syok abis!antare kartun2 yang kiteorang layan ialah:
Tom n Jerry show
Spongebob Squarepants
Sailormoon
Power rangers
Doraemon
semue kartun2 ni buat kiteorang teringat zaman kecik2 yang excited sangat sampai sanggup tunggu dpn tv nak tengok cerite kartun famous ni,pergh!baru tak tension :)