Saturday, February 12, 2011

saya tetap akan ingat

sebagai seorang muslim, kita dilahirkan dalam Islam dan kalau boleh, biarlah kita mati juga dalam Islam, saya bersyukur kerana saya dilahirkan dalam Islam, sangat indah agama ini bukan?bila saya dengar cerita tentang seorang kawan baik saya yang telah kehilangan sahabat baiknya dalam sekelip mata,tak sangka dalam tempoh yang sekejap,sahabatnya dapat pelbagai penyakit yang memang tak disangka sangka, ajal maut di tangan Tuhan, dan Allah lebih sayangkan dia, bila saya dapat tahu kematian sahabatnya, saya terpaku, sebab dalam apa jua keadaan, nyawa kita boleh ditarik bila bila je, mana tahu, masa tu kita tengah buat benda yang tak elok, yang tak berfaedah, tengah sembang2 kosong, gelak gelak tiba tiba pengsan dan tak sedarkan diri, masa tu, saya fikir, masih cukup ke amalan saya untuk dijadikan bekalan untuk di akhirat nanti yang memang kekal abadi, sementara dunia ni hanya tempat persinggahan saya untuk cari bekalan sama ada saya nak hidup dalam neraka atau syurga, saya rasa, walaupun saya tunaikan solat lima waktu, solat solat sunat, mengaji, hormat ibu ayah saya, belum tentu syurga itu milik saya, walaupun saya pakai tudung, pakai pakaian kemas, memang saya nak ikut trend trend sekarang tapi belum tentu ia betul betul menutup aurat saya, saya rasa saya orang yang jahil sebab dah tahu mana aurat yang perlu ditutup, tapi buat buat tak tahu, bila saya dengar orang kata, selagi kita tak menutup aurat kita dengan baik, sampai bila bila pun doa kita tak dimakbulkan, saya takut, ajal maut ketentuan Allah, dia sangat sayangkan makhlukNya, saya tak nak leka lagi dengan dunia ni, biarlah orang kata saya jauh ketinggalan tapi saya tak nak jauh dariNya dan saya rasa biarlah saya menangis sebab mohon taubat dariNya dari menangis sebabkan seseorang sebab jodoh memang dah ditulis sebelum kita dilahirkan.saya tetap akan ingat semua ni




No comments:

Post a Comment